"KEPENTINGAN KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILLS) KEPADA SETIAUSAHA ALAF 21"

 

KEPENTINGAN KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILLS) KEPADA SETIAUSAHA ALAF 21”

PENGENALAN

Menurut Norazila Mat, Muhammad Syaqif Noordin, et al (2017) kemahiran insaniah pada pandangan beberapa sarjana juga disebut sebagai people skills, soft skills dan emotional intelligence. Kesemuanya membawa maksud yang serupa, iaitu kebolehan seseorang menguasai kemahiran dalam membina hubungan dengan diri sendiri dan membina hubungan dengan persekitaran, khususnya melalui aktiviti komunikasi.

 

Kemahiran insaniah amat penting kepada pelajar kerana kemahiran ini memberikan nilai tambah dalam pencapaian pelajar secara keseluruhan. Kebanyakan organisasi memerlukan pekerja yang mempunyai kemahiran insaniah yang cemerlang untuk bekerja di syarikat mereka. Oleh itu, mahasiswa perlu membentuk kemahiran insaniah mereka dari universiti lagi supaya dengan kemahiran ini mereka akan mudah menyesuaikan diri dengan pekerjaan apabila mereka sudah menamatkan pengajian kelak. Kebanyakan mahasiswa sukar mendapat pekerjaan setelah tamat pengajian kerana mereka lemah dalam kemahiran insaniah walaupun mempunyai pencapaian akademik yang baik.

 

Elemen kemahiran insaniah yang perlu ada kepada seseorang individu adalah unsur-unsur yang ada dalam kemahiran intrapersonal dan kemahiran interpersonal, seperti kebolehan berkomunikasi, penampilan diri, keyakinan diri, konsep diri, kerja berpasukan, kefasihan berbahasa sama ada menggunakan Bahasa Melayu atau Inggeris, kebijaksanaan menjaga perhubungan dengan orang lain, kebijaksanaan menyesuaikan diri mengikut keadaan semasa, khususnya dalam menghadapi situasi budaya masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia, kebolehan menggunakan kata panggilan yang betul dan sopan dalam komunikasi, kebolehan mengawal emosi dan menguruskan tekanan, kebolehan menangani dan menyelesaikan masalah dan akhir sekali kemahiran memotivasikan diri.

 


BADAN LAPORAN PENULISAN

ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH SETIAUSAHA

 

            Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mewujudkan elemen-elemen kemahiran insaniah yang perlu diterapkan di peringkat Institusi Peringkat Tinggi  bagi melahirkan individu yang mahir, kompeten dan berwibawa. Setiausaha haruslah mempunyai kemahiran insaniah yang mantap dan tepat.

 

            Antara kemahiran insaniah yang diperlukan bagi seorang setiausaha adalah kemahiran berkomunikasi. Komunikasi dapat ditakrifkan sebagai satu  proses bertukar dan pemindahan maklumat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Komunikasi yang baik dapat menyampaikan maklumat dengan berkesan dan baik serta diyakini. Komunikasi yang tidak baik pula dapat mewujudkan salah faham dan pandangan negatif dalam menyampaikan maklumat dan boleh dianggap maklumat itu palsu dan tidak benar. Antara kemahiran komunikasi adalah mendengar dengan teliti dan fokus, menyampaikan maklumat dengan jelas dan baik, respon yang baik dan body language yang sesuai digunakan. Situasi yang dapat dikaitkan dengan kemahiran komunikasi seorang setiausaha adalah seperti mesyuarat, perbincangan bersama majikan dan hubungan dengan individu yang berhubung dengan organisasi setiausaha.

 

            Selain itu, pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah turut dititkberatkan kepada seorang setiausaha. Pemikiran kritis (critical thinking) adalah kemahiran atau kebolehan menilai kemunasabahan idea. Contoh kemahiran berfikir secara kritis dalam bidang kesetiausahaan adalah seperti keupayaan dalam mencirikan, kemahiran membanding dan membezakan, kemahiran mengumpul dan mengelaskan maklumat dan kemahiran dalam menganalisis maklumat. Dengan kemahiran tersebut, graduan bidang setiausaha mempunyai sifat pemikiran kritis yang dapat membantu mereka menyelesaikan masalah dengan mewujudkan penyelesaian atau alternatif lain untuk menyempurnakan tugasan. Contoh situasi adalah setiausaha dapat mengisih dokumen berdasarkan tahap keutamaan dokumen.

 

            Seterusnya, moral dan etika profesional bagi setiausaha. Etika profesional merujuk kepada etika yang ditampilkan dalam sesuatu profesion. Etika profesional dapat ditakrifkan sebagai satu panduan dan tatacara meningkatkan disiplin dan kualiti dengan memberi fokus terhadap semua aspek peraturan dan peradaban serta tingkah laku graduan. Setiausaha haruslah menunjukkan etika profesional yang baik dalam dunia pekerjaannya supaya dapat memberikan penampilan dan kualiti seorang setiausaha yang profesional seperti menyelesaikan tugas dan membuat tindakannya. Dengan adanya moral dan etika profesional bagi seorang setiausaha, konflik yang  mampu mengganggu kelancaran dalam pengurusan pejabat seperti hubungan yang tidak memuaskan antara kakitangan dalam pejabat dapat dielakkan. Setiausaha perlulah memiliki satu set peraturan tingkah laku bagi mengawal diri dalam membuat setiap tindakan semasa bekerja di pejabat.

 

            Akhir sekali, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat. Pembelajaran berterusan ini amat bermanfaat bagi setiap graduan. Graduan dilatih memperkembangkan dan meningkatkan potensi mahupun produktiviti masing-masing dengan meluaskan ilmu pengetahuan melalui pengalaman, penerokaan ilmu atau penghayatan nilai murni tidak dibatasi usia. Dengan itu, hasil yang dikeluarkan adalah bersifat lebih baik dan peningkatan yang positif mampu meningkatkan tahap produktiviti dan mengamalkan sikap penambahbaikan dan peningkatan sesebuah organisasi. Pengurusan maklumat pula merujuk kepada pengumpulan, penerimaan dan penganalisian maklumat yang ada. Pengurusan maklumat yang baik dapat memberikan graduan keputusan yang diperlukan dan solusi yang terbaik bagi permasalahan ini. Dalam kesetiausahaan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat ini amatlah bermanfaat kerana kemahiran ini dapat membantu setiausaha tersebut dalam menyelesaikan masalah dan meningkatkan prestasi kerja dalam pejabat, Ini sekaligus boleh meningkatkan produktiviti organisasi.

 

 

CADANGAN

Setiap graduan dalam bidang setiausaha haruslah dibekalkan dengan kemahiran insaniah yang lengkap. Sebelum menjejakkan langkah ke alam pekerjaan, graduan haruslah mempersiapkan diri dengan kemahiran insaniah ataupun boleh digelarkan sebagai employability skills melalui pengalaman di peringkat pengajian. Institusi pengajian memainkan peranan yang besar dalam memantapkan melahirkan modal insan yang berkemahiran, berkebolehan dan berdaya saing.

            Antara cadangan bagi menerapkan dan meningkatkan kemahiran insaniah adalah aktiviti kokurikulum. Kokurikulum membantu memupuk kepentingan sahsiah dalam kalangan pelajar. Kegiatan kokurikulum yang dilakukan dalam persatuan yang diwujudkan di institusi membuka mata  dan memberi peluang kepada pelajar untuk mengukuh, menambah dan mengamalkan kemahiran-kemahiran selain daripada teori. Kegiatan kokurikulum ini melibatkan aktiviti yang menggunakan kemahiran komunikasi, kepimpinan, kemahiran menyelesaian masalah dan penampilan profesionalisme seperti disiplin diri dan tingkah laku. Contoh aktiviti adalah treasure hunt, spelling bee, dan pertandingan sukan. Dengan aktiviti ini, bukan sahaja ilmu dapat dikembangakan, elemen kemahiran sahsiah turut dapat diperlihatkan perkembangannya dalam diri peserta dimulakan dengan penyertaan pelajar dalam aktiviti yang dianjurkan itu. Oleh itu,  ia merupakan tanggungjawab bagi setiap institusi pengajian untuk mewujudkan aktiviti kokurikulum dan menyarankan pelajarnya menyertai aktiviti yang dianjurkan.

             Selain itu, disiplin juga memainkan peranan dalam pemantapan kemahiran insaniah. Disiplin diwujudkan sebagai satu latihan pemikiran kepada pelajar agar dapat mengawal diri sendiri dan mempunyai tatatertib. Disiplin adalah satu peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang bertingkah laku dengan baik. Pihak institusi haruslah tidak mengambil remeh kesan disiplin terhadap seseorang pelajar. Kemahiran insaniah seperti etika profesional dapat diterapkan melalui pendisiplinan. Disiplin membantu pelajar mengamalkan nilai-nilai murni dan melahirkan keterampilan diri yang tinggi.

            Akhir sekali, jawatan dalam institusi. Jawatan yang ditubuhkan seperti Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan pengawas turut membuka peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri dengan aktiviti pertubuhan tersebut. Pertubuhan ini sedikit sebanyak memberikan pengalaman kepada pelajarnya dalam menguruskan satu pengurusan seperti mengurus tugasan mahupun ahlinya. Unit berjawatan ini haruslah memainkan peranan dalam menyediakan latihan mahupun aktiviti kepada ahlinya agar dapat mencapai misi dan visi pertubuhan tersebut.

            Kesimpulannya, Institusi pengajian memainkan peranan yang besar dalam memastikan ruang bagi memperkembangkan dan menceburi potensi pelajar diperluaskan. Dengan peluang yang ada, graduan dalam bidang kesetiausahaan  dapat merebut peluang melibatkan diri justeru mempraktikkan kemahiran insaniah yang diterapkan ke alam pekerjaan di masa akan datang.

 

 

RUJUKAN

 

1.    https://anisahinformationskill.blogspot.com/2022/09/pengenalan-menurut-norazilamat-muhammad.html

2.    Mat, N., Noordin, M. S., & Abdullah, N. A. (2017). Pembentukan Kemahiran Insaniah Pelajar Melalui Badan Beruniform Di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 20 (1).

3.    https://pb-danial-information-skills.blogspot.com/2022/09/kepentingan-kemahiran-komunikasi-kepada.html

4.    https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Setiausaha

Comments